Privasi Polisi

Kenyataan Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi

Tumpuan koperasimalaysia.org adalah pemberdayaan pilihan pengguna iaitu pembekalan semua maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan kewangan dan/atau untuk mendapat produk kewangan yang sesuai untuk kelulusan. Untuk menunjukkan bahawa kami menghargai privasi anda, Anda diberi hak kuasa untuk membuat keputusan mengenai maklumat peribadi yang anda tujukan kepada kami, dan memaklumkan kepada anda bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut.

Maklumat yang kami kumpul

Anda kekal tanpa nama (anonymous) apabila anda melayari laman web ini melainkan jika anda mendaftar untuk perkhidmatan kami (atas talian) atau untuk tujuan semak kelayakan dari koperasimalaysia.org Kami tidak akan mengumpul maklumat peribadi jika anda hanya melayari laman web ini. Untuk mengakses perkhidmatan kami dan semak kelayakan, atau memproses transaksi antara anda dan pihak ketiga (produk kewangan dan/atau institusi kewangan atau wakil-wakil mereka yang diberi kuasa) kami boleh meminta maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat e-mel, nombor kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang boleh digunakan atas tujuaan semak kelayakan, mengenal pasti identiti anda atau untuk cadangan produk kewangan yang sesuai.

Maklumat umum

koperasimalaysia.org melindungi maklumat peribadi anda dengan mematuhi undang-undang Koperasi mengenai perlindungan data peribadi di Malaysia, iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang mula berkuatkuasa pada 15 November 2013. Kenyataan dasar ini memberi butiran bagaimana koperasimalaysia.org mengumpul dan menggunakan data peribadi anda dan mengenai langkah-langkah perlindungan data peribadi yang dilaksanakan oleh kami. Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemindahan, penyimpanan, pendedahan dan kegunaan lain pada maklumat anda hanya seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi.

Bagaimana kami mengumpul data

koperasimalaysia.org hanya mengumpul maklumat peribadi anda jika anda memilih untuk mendaftar dan/atau menggunakan perkhidmatan kami, sebagai contoh dalam proses permohonan produk kewangan atau semak kelayakan yang dibentangkan di laman web ini. Maklumat peribadi ini merangkumi maklumat yang dibekalkan kepada kami apabila anda secara sukarela mengisi borang permohonan yang dibentangkan di laman web ini. Apabila anda membekalkan maklumat peribadi secara sukarela, anda mengaku janji bahawa maklumat yang dibekalkan adalah tepat dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana pihak.

Penggunaan maklumat

Setelah kami diberi kebenaran, kami boleh mengumpul dan menggunakan maklumat untuk tujuan-tujuan berikut:

Merujuk anda kepada produk kewangan dan/atau institusi kewangan (atau wakil-wakil mereka yang diberi kuasa) yang ditentukan oleh anda atau produk kewangan yang sesuai untuk kelulusan semasa melengkap borang permohonan di laman web ini; dan/atau
Untuk membolehkan anda untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan koperasimalaysia.org dan/atau Untuk meningkatkan keseluruhan aspek perkhidmatan kami kepada anda serta pengguna-pengguna yang lain dan menjalankan penyelidikan seperti menganalisis trend pasaran dan demografi pelanggan; dan/atau
Untuk berkomunikasi dengan anda, menerusi mengesahan maklumat peribadi yang dihantar, atau untuk maklumat tambahan yang lain untuk memenuhi syarat pemohonan; dan/atau
Untuk menyampai maklumat mengenai produk kewangan dan perkhidmatan yang kami sedia ada.

Semua penyediaan data peribadi adalah secara sukarela dan anda ada hak kuasa yang penuh untuk tidak menbekalkan apa-apa maklumat atau data peribadi dan memilih untuk hanya layari laman ini tanpa memerlukan apa-apa perkhidmatan yang lain.

Penyimpanan maklumat

Maklumat yang dikumpulkan akan disimpan untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan penggunaan data yang dinyatakan dalam seksyen 4 di atas sahaja. Sepanjang tempoh ini, koperasimalaysia.org komited kepada segala usaha yang munasabah dan langkah-langkah praktikal untuk memastikan bahawa data yang dikumpul dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan. Kami akan melindungi kerahsiaan data anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 4 sahaja, dan untuk memastikan privasi data anda. Kami akan memastikan bahawa data peribadi anda akan dipadamkan secara kekal sebaik sahaja ia tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuan asalnya, atau sebagaimana yang dikehendaki di sisi undang-undang.

Menyampaikan maklumat anda

koperasimalaysia.org boleh mendedahkan dan memindahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga termasuk:

jika diperlukan oleh mana-mana pihak berkuasa bidang kuasa yang kompeten;
untuk melaksanakan obligasi undang-undang yang dikenakan kepada kami oleh undang-undang atau menurut perintah mahkamah bidang kuasa kompeten;
institusi-institusi kewangan, di mana produk institusi-institusi tersebut telah disenaraikan di laman web, dan/atau wakil yang diberi kuasa;
kepada juruaudit kami, perunding, akauntan, atau penasihat kewangan atau professional-profesional lain yang diperlukan untuk audit korporat atau untuk menyiasat atau bertindak balas terhadap aduan atau ancaman keselamatan;
kepada mana-mana perbadanan berkaitan kami, ahli gabungan, serta syarikat sekutu kami, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan
kepada rakan kongsi kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga lain yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami atau apabila kami bekerjasama pihak tersebut berkenaan dengan produk atau perkhidmatan tertentu (“Penyedia”). Penyedia tersebut berkemungkin menyediakan penyelenggaraan teknologi atau bekerja untuk pihak kami untuk membantu memenuhi transaksi perniagaan, seperti menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud computing service). Penyedia tersebut juga dapat mengumpulkan maklumat bagi pihak kami di laman web kami. Penyedia akan diperlukan untuk mematuhi syarat-syarat dasar privasi kami dan tidak boleh menggunakan maklumat peribadi anda selain dari pihak kami dan tertakluk pada kontrak yang melindungi kerahsiaan maklumat tersebut.

Selaras dengan perkhidmatan kami kepada anda dan/atau sebahagian daripada operasi kami, sebarang data peribadi anda berkemungkinan dipindahkan, diakses, disimpan atau diproses bawah bidang kuasa lain, seperti Amerika Syarikat, di mana undang-undang perlindungan data peribadinya mungkin berbeza dari Malaysia. Dalam situasi sedemikian, kami akan menangani data peribadi anda bersesuaian Kenyataan Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi koperasimalaysia.org ini dan memastikan bahawa pemproses data kami mematuhi perlindungan data peribadi tersebut.

Maklumkan kepada anda

Anda bersetuju bahawa kami berhak untuk menghubungi anda melalui e-mel, pos, telefon atau teks tentang produk atau perkhidmatan kewangan yang ditentukan oleh anda atau tawaran yang lain.

Setiap kali anda membekalkan maklumat peribadi kepada kami, anda boleh hubungi kami jika anda tidak bersetuju dengan pengunaan dan pengongsian dan perkhidmatan oleh kami dan pihak ketiga (produk kewangan dan/atau institusi kewangan atau wakil-wakil mereka yang diberi kuasa) untuk tujuan pemasaran. Melainkan jika anda memberitahu kami sebaliknya, bahawa anda bersetuju kepada penggunaan tersebut.

Jika anda:

tidak lagi mahu dihubungi oleh kami;
ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda;
ingin mengakses atau membetulkan data peribadi anda;
mempunyai pertanyaan lanjut; atau
ingin membuat aduan berkenaan dengan data peribadi anda

Anda boleh hubungi kami pada bila-bila masa dengan menghubungi

Emel : dasarprivasi@koperasimalaysia.org
Tel : 6012-8221001

Anda juga boleh meminta kami pada bila-bila masa untuk menghentikan pemberian maklumat anda kepada pihak-pihak ketiga untuk tujuan pemasaran, dan kami akan memenuhi serta mengikuti permintaan tersebut.

Meningkatkan perkhidmatan kami untuk anda

Dalam usaha untuk memastikan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda akan terus memenuhi keperluan anda, kami boleh meminta anda untuk memberi maklum balas mengenai pengalaman anda semasa menggunakan laman web ini. Sebarang maklum balas yang anda berikan hanya akan digunakan sebagai sebahagian daripada program kami untuk penambahbaikan yang berterusan dan tidak akan diterbitkan di laman web.

Penyedia pihak ketiga dan privasi data

Jika anda membuat keputusan untuk memasuki kontrak dengan pembekal pihak ketiga melalui laman web ini, maklumat yang anda bekalkan kepada kami bersama dengan apa-apa maklumat lanjut yang diminta oleh pembekal pihak ketiga, dan yang dibekalkan oleh anda atau kami kepada pembekal pihak ketiga tersebut akan diadakan oleh pembekal tersebut untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam dasar privasi pembekal tersebut. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca dasar privasi pembekal pilihan anda dan memahami tujuan pengunaan maklumat peribadi anda sebelum memasuki kontrak. Kami tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan maklumat peribadi anda oleh pembekal-pembekal tersebut.

Melayari laman Web dan cookies

Cookie ialah satu fail teks yang sangat kecil yang diletakkan pada komputer anda. Cookies membantu kami untuk:

memahami tabiat melayari laman web ini;
memahami bilangan pelawat ke laman web ini dan halaman-halaman yang dilawati; dan
mengingati anda apabila anda kembali ke laman web ini supaya kami boleh menyediakan anda dengan pengalaman pelayaran yang lebih baik.

Kebanyakan cookies akan dipadam sebaik sahaja anda menutup penyemak imbas (browser) anda, ini dikenali sebagai session cookies. Cookies yang lain dikenali sebagai persistent cookies dan akan disimpan di dalam komputer anda sehingga anda memadamkannya atau ia tamat tempoh. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju kepada pengunaan cookies oleh kami.

Laman web ini menggunakan cookies berikut:

Google Analytics
Cookie Google Analytics membolehkan kami melihat maklumat mengenai aktiviti pengguna laman web, termasuk tetapi tidak terhad kepada paparan halaman (page view), rujukan (referrals) dan masa purata yang digunakan oleh penguna ketika melayari laman web ini. Maklumat tersebut akan dipaparkan sebagai nombor sahaja dan ini bermakna ia tidak boleh dikesan kembali kepada seseorang individu. Proses ini akan membantu untuk melindungi privasi anda. Dengan menggunakan Google Analytics, kami dapat mengenalpasti kandungan yang popular di laman web kami, dan membolehkan kami berusaha untuk memastikan anda mempunyai pengalaman pengguna (user experience) yang terbaik mungkin.

DoubleClick
Kami menggunakan kod pemasaran semula (remarketing codes) Google Analytics untuk mencatat pandangan halaman tertentu oleh penguna-penguna ataupun tindakan tertentu yang diambil oleh penguna pada laman web ini. Ini membolehkan kami untuk menyediakan pengiklanan yang disasarkan (targeted advertising) pada masa hadapan. Anda boleh memilih untuk menyekat atau memadam cookies melalui tetapan penyemak imbas (browser settings) anda. Jika anda membuat keputusan untuk menyekat atau memadam cookies kami, anda tidak akan menikmati rangkaian penuh Perkhidmatan kami dan ini boleh menjejaskan prestasi laman web kami pada sistem anda.